<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1863698450520099549\x26blogName\x3dMe+and+Safi\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ainasaffiyah-safi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ainasaffiyah-safi.blogspot.com/\x26vt\x3d-2017950821347772384', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUB LISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl= http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F% 2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>

Music



Jana Pendapatan
Khairuddin Abidin

Create Your Badge
Wednesday, March 10, 2010Y
babuss...

Hari ini aku mula ajar Safi pegi ke bilik air kalau nak buang air. Beberapa kali aku pesan padanya "kalau adik anak kencing pegi bilik air tau, ibu tak pakaikan pampers. Adik kena pegi bilik air". Nampaknya ok laa dia boleh faham sebab kanak-kanak di usia seawal dua tahu ni sudah boleh diajar beberapa perkara. Nak nasik ke nak air ke..susu semuanya dah boleh cakap. So masa ni laa aku praktik kan.
Bila dia nak kencing je..terus buka seluar dan berlari ke bilik air..katanya nak kuncing..!! telatahnya memang melucukan


Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga pegi keramat sebab nak ziarah emak dan makcik. Dalam perjalanan kami singgah di stesen minyak Esso di Serdang. Seorang perempuan pekerja esso datang ke kereta lalu memberi roti dan belon kepada anakku Safi. Safi pun kata pank u.. hehehe..maksudnya thank you la tu. kemudian dia menunjukkan belon yg ditulis "on the run" kalau tak silap aku laa. Dia pun kata lagi..Bu bu...Ba bus.. ba bus..Aku pun kata "ini bukan babus, ini belon. Belon. Aku sebut berulang kali supaya dia faham. Dia kata lagi ba bus.. aku kemudian berfikir apa laa nak disampaikan oleh si kecik ni. babus babus. Aku amati balik perkataan yang diucap. Rupanya Ba buls.. ba buls..maksudnya bubbles..mmm mungkin juga dia membayankan belon tu macam bubbles yang dia lihat kat dalam tv tu agaknye.

3:29 PM Photobucket
Monday, March 8, 2010Y

Sekiranya anda ingin tahu bulan kelahiran anda dalam kalender islam. Sila klik
http://www.islam.com/islamicdates.asp



PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

1:17 AM Photobucket
Selamat Hari Wanita

8 Mac 2010 adalah hari wanita sedunia. Selamat menyambut Hari Wanita kepada semua wanita di luar sana. Semoga hari ini memberi sinar harapan baru buat kita semua.







Aku wanita punya hati nurani

Yang tak dapat dibohongi

Pabila cinta tlah membutakan mata

Dan membuat tuli telinga


Apakah salah jika aku menyinta

Apakah salah jika engkau ternyata

Pilihan hati

Belahan jiwaku ini


Cintaku ini anugerah terindah

Dari yang maha kuasa

Cintaku padamu tak pernah berubah

Meskipun kita berbeza


Apakah salah jika aku menyinta

Apakah salah jika engkau ternyata

Pilihan hati

Belahan jiwaku ini..



Aku wanita aku kaum hawa

Yang memang rapuh hatinya

Aku wanita aku punya cinta

Selayaknya manusia



Apakah salah jika aku menyinta

Apakah salah jika engkau ternyata

Pilihan hati

Belahan jiwaku ini..



aku wanita

Yang hanya perlu kau fahami



Oh apakah salah jika aku menyinta

Apakah salah jika engkau ternyata

Pilihan hati

Belahan jiwaku ini..



Ku Wanita…


12:24 AM Photobucket
Friday, March 5, 2010Y
Jana pendapatan RM20 segera

Meh kita pakat ramai-ramai jana pendapatan, modalnya rendah saja cuma rm20.

Sebarkan berita gembira ini kepada rakan2 lain supaya kita sama2 dapat menjana pendapatan sampingan.

Aktivkan keahlian anda sekarang.


klik   http://www.rm20segera.com/?r=azlinarazali 

6:21 PM Photobucket
Sunday, February 28, 2010Y
Masak Lemak Telur Masin




Hari ni tak tahu nak masak apa. Nak pegi ke kedai pun malas, jadi aku amik jugak inisiatif aku bukak peti ais. Tengok dalam freezer, ada ikan kerapu. Aku keluarkan dan bersihkan ikan, pastu goreng.  Ingat nak masak Kerapu Masak Tauchu, cari tauchu pulak takde. Last, ikan kerapu tu goreng pun sodap ni. Pastu fikir nak masak lauk apa ye yang berkuah. So, tengok ada 3 biji telur masin, kebetulan ada lak santan beku dalam peti sejuk letak kentang potong dadu. Ok laa tu...hehehehmasak Lemak Telur Masin la kita. Fuhhh!! sedap gak rasanya. Sesiapa nak try lauk yang ekonomi tu elok sangat cuba resipi ni. Senang je cara memasak nya.


Masak Lemak Telur Masin


Bahan- bahannya

4 ulas bawang merah
Cili padi secukup rasa, kalau tak nak pedas, Bubuh 3-4 biji cili padi dan cili merah 1 biji
1 batang Serai
Serbuk kunyit
Untuk perasa, kiub ikan bilis (kalau takde kiub, amik satu sudu ikan bilis)
Semua bahan tadi ditumbuk lumat
kentang 4 biji (ikut suka)
*Masak lemak telur masin ni tak payah bubuh garam byk cuma secubit garam je.

3-4 biji telur masin (ikut suka)
Santan pekat RM1
1 mug air
garam

Bahan yang ditumbuk tadi di masukkan kedalam periuk bersama santan, air, kunyit dan serai yang dititik. Masukkan sekali kentang dan dimasak sampai kentang empuk. Kemudian, pecahkan telur masin tadi dan dimasak hingga mendidih.

Nak lagi sedap pekena dengan sambal belacan dan ulam .

10:03 PM Photobucket
Friday, February 26, 2010Y
Maulidur Rasul


26 February 2010 MAULIDUR 12 Rabiulawal, RASUL (Birthday of Prophet Muhammad S.A.W)

4:10 PM Photobucket
Thursday, February 25, 2010Y
Makanan dan hikmahnya

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam
Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern
California

Senarai Makanan Dan Hikmahnya


Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak
dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,
jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan
tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah
dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.
hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah
menghormati roti itu".


Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh
menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.


Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah
memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.


Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan
cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.


Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.


Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.


Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga
sangat berguna untuk memanaskan badan.


Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.


Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji

habbalsauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".
Adalahdilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah

habalsauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat
'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk
menghilangkan penyakit selesema.


Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan
terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam betina yang tidak bertelur.


Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.


Kulit limau

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:
bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati sertadapat
menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan
dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.


Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.


Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang
direndamdi dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.


Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah
rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurmaatau
tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut
yangtidak diingini.


Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.


Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam
(setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan
apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah
yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi.
Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana
sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh keatas hindiba".


Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah,
mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah
membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).


Buah Ara fig (tin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan
badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada
buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah
syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan
penyakit buasir dan pirai.


Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan,
bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak
dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan


Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah
dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."


Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.


Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah
Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis
minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.


Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas
calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit
dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan
menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat
dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan
masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.


Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu didalamnya.
Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta
penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu,
dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika
perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu
yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga
(spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti
adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk
perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan
menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.


Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.


Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan.
Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak
akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara
sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat
panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing
jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram
dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai
makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai
adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang
memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa
yang kukunya mencengkam dan menyangkuk







7:06 PM Photobucket


1